fbpx

Belum vaksin halang sektor perhotelan dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
-gambar hiasan-

IPOH – Walaupun diberi kebenaran, namun sektor perhotelan di negeri ini khususnya hotel bajet masih belum bersedia untuk beroperasi kerana tidak melengkapi syarat.

Ini kerana hampir sebahagian besar petugas hotel di negeri ini masih belum menerima vaksin.

Pengerusi Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) Perak, Zamari Muhyi berkata, keadaan itu menyukarkan para pengusaha yang telah pun berdepan pelbagai kesukaran ketika ini.

Menurut beliau, garis panduan (SOP) yang dikeluarkan MOTAC bagi pengusaha hotel untuk beroperasi seolah-olah dibuat tanpa sebarang kajian lapangan.

“Menerusi SOP yang dikeluarkan semalam, pemilik hotel wajib mempamerkan sijil lengkap vaksinasi bagi pekerja sepertimana disyaratkan.

“Malangnya, kebanyakan kakitangan hotel sekarang masih tidak lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

SOP tersebut walaupun disambut baik pengusaha hotel di negeri ini tetapi syarat untuk petugas yang telah divaksin menjadi kekangan.

Jelas Zamari yang juga Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputra negeri Perak,
sektor perhotelan dan pelancongan menghadapi kesan teruk sejak tahun lalu.

“Kesan daripada pandemik, tiada sumber pendapatan untuk menampung kos senggaraan dan hutang menyebabkan ramai pengusaha terpaksa gulung tikar.

“Justeru, saya merayu kerajaan negeri khususnya Menteri Besar Perak supaya mempercepatkan pemberian vaksin pada petugas sektor ini,” ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI