fbpx

‘Yang bagus, saya simpan seorang, takut kena curi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMY dan Ezza mengadakan sidang media pagi esok bagi bercakap tentang majlis pernikahannya, Sabtu ini.

PETALING JAYA – “Dia (Ezza) seorang yang istimewa. Baik buruk dia, biar saya seorang sahajalah yang tahu.”

Demikian respons pelakon Remy Ishak atau nama lengkapnya, Mohammad Zalimei Ishak apabila ditanya apa keistimewaan bakal isteri di mata yang membuatkan dirinya terpaut hati dengan wanita bertuah tersebut.

Pelakon filem Sangkar itu baru mengesahkan akan mendirikan rumah tangga dengan Ezza Yusof pada 21 Ogos (Sabtu ini) di sebuah masjid di Kuala Lumpur selepas terpaksa menangguhkan pernikahannya yang sepatutnya berlangsung Mei lalu disebabkan pandemik Covid-19.

“Saya telah siap sedia untuk jadi seorang suami yang mithali. Kalau boleh, benda yang bagus-bagus (tentang dia), biar saya seorang sahaja yang simpan. kalau cerita lebih, takut kena curi nanti,” tutur Remy berseloroh.

Remy akan berkongsi lebih lanjut mengenai bakal isteri dan rancangan pernikahannya dalam satu sidang media khas yang dijadualkan berlangsung secara maya esok pagi.

Terdahulu, Remy dah Ezza pernah bertunang pada Mei 2017, namun pertunangan mereka terputus sekitar Mac 2019.

Bagaimanapun, kalau jodoh takkan ke mana, percintaan antara mereka dilaporkan kembali berputik apabila pelakon berkulit hitam manis itu meraikan hari jadi bekas tunangnya itu dengan menganjurkan majlis hari jadi di sebuah restoran.

Remy dalam satu temu bual bersama Kosmo! Online beberapa minggu lalu mendedahkan, mereka sepatutnya menyatu dengan ikatan perkahwinan Mei lalu namun terpaksa dibatalkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

“Saya ingatkan nak bina masjid pada bulan Syawal selepas ombak, segala badai di lautan yang kami tempuhi sebelum ini, tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih besar dari kehendak kami,” kata Remy. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI