fbpx

Terima mas kahwin RM306,609, Lesti kini milik Rizky

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Rizky Billar selamat nikahi Lesti Kejora selamat bernikah hari ini.

JAKARTA – Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi terkenal Indonesia, Lesti Kejora sah bergelar isteri kepada pasangannya yang juga pelakon sinetron, Rizky Billar hari ini.

Lesty dinikahkan sendiri oleh bapanya, Endang Mulyana disaksikan keluarga oleh kedua-dua belah pihak.

Dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Intercontinental, Pondok Indah, Jakarta Selatan mengikut protokol kesihatan yang ketat tersebut, Rizky menyerahkan mas kahwin sebanyak AS$72,300 (RM306,609) kepada Lesty.

Menurut laporan, awalnya, Rizky bercadang untuk memberikan mas kahwin berjumlah 2 miliar rupiah (RM587,663), namun wang yang telah disiapkan telah terpakai untuk membeli pelbagai perbelanjaan.

“Tapi tidak mengapa. Angka 72,300 itu juga mempunyai maksud tersendiri kerana kalau ikut perancangan asal, kami sepatutnya bernikah pada 23 Julai lalu,” kata Rizky.

Ketika disatukan sebagai suami isteri, kedua-dua pasangan pengantin baharu itu dilihat lengkap berpakaian adat Sunda berona pic (peach). Pasangan diraikan dengan kehadiran sekitar 30 orang tetamu.

Terdahulu, Rizky dan Lesti pada awalnya bercadang untuk disatukan sebagai suami isteri pada 4 Julai 2021, namun terpaksa ditangguhkan ekoran berlaku lonjakan kes positif Covid-19 di Indonesia.

Pasangan itu kemudiannya menunda tarikh tersebut pada 23 Julai 2021, namun sekali lagi terpaksa ditunda selepas kerajaan melaksanakan perintah sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) Darurat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI