fbpx

Solat Jumaat separuh kapasiti di Labuan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menetapkan had jemaah bagi semua Masjid Zon, Masjid Kariah, surau Jumaat, dan Surau Diberi Kebenaran Khas di Labuan dibenarkan pada separuh kapasiti sebenar berkuat kuasa esok.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, pihaknya turut menetapkan bilangan jemaah bagi solat fardu pula dibenarkan pada separuh kapasiti dewan solat utama.

Beliau berkata, ketetapan terbaharu itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta selaras dengan situasi terkini Pelan Pemulihan Negara (PPN) Berfasa di Wikayah Persekutuan itu.

“Ketika ini, Labuan berada pada Fasa Tiga PPN susulan situasi wabak Covid-19 yang semakin terkawal. Aktiviti kuliah dan tazkirah juga dibenarkan dengan kehadiran separuh kapasiti dewan solat utama dan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Bilangan had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau di kawasan PPN Fasa Satu seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya pula adalah kekal sebagaimana ketetapan sebelum ini. Tazkirah sebelum solat Jumaat pula dibenarkan tidak melebihi 30 minit,” katanya menerusi kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI