fbpx

Skuad Helang Merah yakin bangkit terbang tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Helang Merah kekal cemerlang apabila muncul naib juara Liga Super meskipun terpalit dengan isu tuntutan tunggakan cukai berjumlah lebih RM10 juta musim ini.

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

KETUA jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak memuji barisan pemainnya kerana tidak hanyut dalam kekecewaan berikutan kekalahan kepada Selangor FC beberapa hari lalu untuk bangkit menampilkan aksi terbaik apabila mencatat kemenangan 4-1 ke atas Penang FC kelmarin.

Menurut Aidil, karakter itu adalah antara perkara terpenting yang mahu dilihat dalam diri setiap pemain bagi memastikan KDA FC dapat terus memenuhi harapan penyokong setia mereka.

Pada aksi di Stadium Alor Setar itu tambahnya, nyata sekali beliau gembira dengan aksi ditampilkan anak-anak buahnya termasuk deretan pemain muda yang diturunkan sebagai pemain gantian.

“Bagaimanapun, masih ada ruang untuk penambahbaikan. Malam ini saya lihat, kita memiliki beberapa lagi peluang untuk menjaringkan gol, tetapi tidak memanfaatkannya sebaik mungkin.

“Namun secara keseluruhannya, saya gembira dengan prestasi ditampilkan pemain termasuk pemain muda, Mohd. Loqman Hakim Marzuki serta pemain baharu tampil pertama bersama, Asnan Ahmad. Mohd. Ariff Farhan,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan.

Pemain import dari Ivory Coast, Tchetche Kipre menja­ringkan dua gol buat KDA FC pada minit ke-17 dan 38, manakala dua lagi gol disumbangkan Baddrol Bakhtiar dan Kpah Sherman pada minit ke-22 dan 54.

Gol sagu hati pasukan pelawat pula dijaringkan oleh bekas pemain KDA FC, David Rowley pada minit ke-44.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI