fbpx

Sempat maklum ‘Okay’ sebelum hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan pencarian mangsa yang dilaporkan hilang di Sungai Sabak Bernam.

SABAK BERNAM – Seorang lelaki warga emas sempat memaklumkan dirinya berada dalam keadaan selamat ketika mandi selama setengah jam di Sungai Sabak Bernam sebelum hilang dibawa arus sungai itu, semalam.

Kehilangan mangsa berusia 75 tahun diketahui pukul 6.45 petang selepas dimaklumkan pemancing di kawasan Jeti Jalan Pasar Pekan Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, berdasarkan siasatan mendapati mangsa telah turun ke sungai tersebut untuk mandi.

Katanya, saksi kejadian memaklumkan mangsa menyatakan dirinya pandai berenang sebelum menanggalkan baju dan meninggalkan selipar dan terus terjun ke dalam sungai tersebut.

“Saksi sempat bertanyakan keadaan mangsa sama ada dirinya ‘okay’ sebelum dibalas dalam keadaan baik.

“Bagaimanapun, kira-kira setengah jam berenang ke tengah sungai didapati mangsa tidak timbul sebelum segera menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang lelaki dilaporkan hilang selepas terjun ke dalam Sungai Sabak Bernam berhampiran sebuah tokong di sini semalam. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI