fbpx

Produktiviti buruh naik 13.6 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertumbuhan satu digit bagi produktiviti buruh dalam sektor pertanian pada suku kedua tahun ini. – Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Produktiviti buruh negara bagi suku kedua tahun ini meningkat 13.6 peratus berbanding suku-suku tahun sebelumnya.
Ia peningkatan pertama direkodkan selepas lima suku tahun sebelum ini mengalami penurunan bermula tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, produktiviti buruh negara yang diukur dari segi nilai ditambah per pekerja meningkat kepada RM22,513 per pekerja pada suku kedua berbanding RM22,117 per pekerja pada suku pertama.

“Produktiviti buruh mengikut nilai ditambah per pekerja bagi semua sektor ekonomi mencatatkan pertumbuhan dua digit pada suku ini kecuali sektor pertanian.

“Produktiviti buruh sektor pembinaan meningkat kepada 37.6 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding -8.2 peratus pada suku tahun sebelum­nya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan akhbar mengenai Laporan Produktiviti Buruh, Suku Kedua 2021 yang dikeluarkan semalam.

Mohd. Uzir berkata, sektor pembuatan pula terus kukuh pada 23.2 peratus didorong pertumbuhan semua subsektor kecuali subsektor minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan serta prosesan makanan.

“Pertumbuhan tertinggi produktiviti buruh di sektor ini dicatatkan oleh subsektor minuman dan produk tembakau (55.7 peratus), diikuti oleh produk kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan (41.8 peratus), peralatan pe­ngangkutan dan pembuatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI