fbpx

Pesuruhjaya Sukan yakin kemelut landa PSM bakal berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMUA pihak terlibat dalam persatuan perlu segera menyelesaikan masalah dalaman agar tidak menjejaskan pembangunan dan bakat-bakat baharu sukan sepak takraw.

KEMELUT Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Gabungan Sepaktakraw Malaysia (GSM) akhirnya dilihat berakhir dengan satu keputusan terbaik untuk menjamin masa depan sukan tradisi negara itu terus dipelihara.

Pihak Pesuruhjaya Sukan (PJS) dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan rundingan bersama PSM serta wakil G11 mengenai langkah-langkah pemulihan PSM termasuk membuat semakan dan pindaan Perlembagaan PSM.

Justeru, tindakan wakil G11 atau turut dikenali sebagai GSM untuk menubuhkan persatuan sepaktakraw baharu bagi menggantikan PSM tidak dapat diteruskan atau dibangkitkan selepas ini.

“Rundingan berjalan lancar dalam suasana yang amat harmoni. Kedua-dua pihak amat komited dan bersatu hati untuk melakukan pembaharuan demi kepentingan dan kelangsungan pembangunan sukan sepak takraw.

“Berdasarkan perbincangan serta persetujuan bersama PSM dan wakil G11 pada 28 Jun 2021, draf akhir Perlembagaan telah dikemukakan kepada kedua-dua pihak pada 22 Julai 2021. PSM telah disarankan untuk mengambil tindakan selanjutnya supaya draf akhir Pelembagaan dibentangkan dan diperakukan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

“Sesi tersebut telah dihadiri oleh 10 persatuan sepak takraw negeri.

“Semua presiden dan wakil G11 yang hadir secara dasarnya bersetuju dan menerima baik draf akhir Perlembagaan PSM yang telah dibincangkan dan dipersetujui pada 28 Jun 2021.

“PJS mengharapkan pindaan Perlembagaan tersebut dipersetujui sebulat suara dan tiada sebarang pindaan dibuat semasa EGM. Ahli gabungan PSM, G11 perlu memainkan peranan dan tanggungjawabnya dalam EGM itu nanti.

“PJS yakin sekiranya langkah yang telah digariskan dipatuhi dan berjalan lancar, kemelut PSM akan berakhir,” tambahnya.

Susulan keputusan Majlis Tertinggi PSM pada 29 Jun 2021 ke atas surat penarikan diri G11 sebagai ahli gabungan, PSM pada 13 Ogos 2021 mengesahkan bahawa G11 masih lagi ahli gabungan PSM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI