fbpx

Perlumbaan MotoGP di Litar Sepang dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMEGANG hak eksklusif televisyen dan komersial MotoGP, Dorna Sports mengumumkan pembatalan GP Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober ini akibat pandemik Covid-19.

HARAPAN peminat sukan permotoran negara untuk menyaksikan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tidak kesampaian apabila acara tersebut yang sepatutnya berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober ini dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.

Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) dan pemegang hak eksklusif televisyen dan komersial MotoGP, Dorna Sports mengumumkan pembatalan tersebut sebentar tadi.

Dorna dalam satu kenyataan menjelaskan, keputusan itu terpaksa dibuat berikutan keadaan pandemik Covid-19 dan sekatan kemasukan ke Malaysia.

“Kami berharap selepas ini perlumbaan MotoGP dapat diadakan pada musim 2022 di hadapan peminat Malaysia. FIM, IRTA dan Dorna Sports mengesahkan saingan tersebut akan kembali ke Litar Misano pada 22 hingga 24 Oktober.

“Nama bagi perlumbaan di Misano akan diumumkan tidak lama lagi. Namun, perlumbaan GP San Marino tidak berubah,” kata Dorna dalam kenyataannya.

Terdahulu, GP Thailand yang dijadual diadakan di Litar Antarabangsa Chang di Buriram pada Oktober turut dibatalkan buat kali kedua berturut-turut berikutan pandemik Covid-19. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI