fbpx

Perlu merangkak untuk masuk ke warung di celah batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung perlu melalui pintu masuk yang sempit di bahagian luar batu sebelum tiba di bahagian dalam dan boleh berdiri seperti biasa. - TikTok/@ridhex

JAKARTA – Sebuah warung tepi pantai di kota Jogjakarta menjadi tular di media sosial kerana keunikannya yang berada di celahan batu besar sehingga memaksa pelanggan yang ingin menjamu selera merangkak untuk masuk, lapor portal berita Liputan 6 hari ini.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, laluan masuk ke warung di Pantai Sadeng tersebut  sempit dan memerlukan pengunjung untuk merangkak dan menunduk.

“Ada warung yang dibina di bawah batu. Perlu merangkak jika ingin masuk,” kata keterangan video tersebut.

Selepas masuk ke bahagian dalam, barulah pengunjung boleh berdiri seperti biasa dan duduk menikmati makanan yang sering dijual di tepi pantai.

Video yang dimuat naik itu menjadi tular dan menerima lebih tiga juta tontonan dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum dan takut melihatkan keadaan warung tersebut.

“Tidak dapat dibayangkan jika tiba-tiba ia runtuh,” komen seorang pengguna.

“Di Indonesia, semuanya boleh. Di darat, laut, gunung atau udara,” komen seorang lagi. – Agensi    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI