fbpx

Penduduk lima kampung dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah penduduk yang dinaiki air setelah hujan lebat sejak semalam di Taiping.

TAIPING – Seramai 102 mangsa daripada 29 keluarga dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Taiping malam tadi.

Pemindahan dilakukan berikutan sebahagian daripada rumah penduduk di lima buah kampung dinaiki air selepas hujan lebat sejak tengah malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, kesemua mangsa berpindah setelah diminta oleh pihak bomba sebagai langkah keselamatan.

Menurutnya, PPS Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim al-Baraqah menempatkan 87 penduduk Kampung Sungai Rentaka, Kampung Changkat Baru dan Kampung Jebong Kiri.

“Kira-kira 15 penduduk pula berpindah ke PPS Dewan Orang Ramai Sungai Baru iaitu dari Kampung Sungai Nyior dan Kampung Sungai Tinggi.

“Sehingga kini kita masih memantau keadaan walaupun hujan telah berhenti kerana ada kawasan masih digenangi air,” ujar jurucakap tersebut.

Dalam pada itu, bomba turut menyelamatkan seorang pemandu lori yang terperangkap dalam banjir selepas kenderaannya gagal melepasi jalan.

Kejadian berlaku di Estet Yang Seng, Kampung Dew di Bagan.Serai.

“Bomba menerima panggilan kecemasan daripada mangsa pada pukul 8.20 malam sebelum kita mengerahkan satu pasukan menaiki kenderaan pacuan empat roda ke lokasi.

“Kita turut dibantu penduduk kampung yang melalui jalan sungai menggunakan sampan,” ujarnya.

Mangsa berjaya ditemui dan diselamatkan seterusnya dibawa ke Jeti Kampung Dew.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI