PETALING JAYA – Teka-teki kerajaan mana yang bakal menerajui kepimpinan negara semakin terjawab apabila ada antara Ahli Parlimen sudah memberi bayangan.
Terbaru, Ahli Parlimen Bachok, Datuk Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberi bayangan bakal memakai songkok esok.
“Sekali sekala bersongkok, isteri kata amat lelaki.. Esok saya pakai insya-Allah,” tulisnya di Facebook malam tadi.
Orang ramai turut mengucapkan tahniah dan selamat kembali berkhidmat dan berharap kabinet baharu yang bakal dibentuk membawa keselamatan dan kejayaan kepada negara.
“Semoga YB istiqomah, cukup bermain politik. Rakyat dan negara perlu diutamakan ketika ini. Sama-sama pemimpin jayakannya,” ujar KhaimanMan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929