fbpx

Netizen cadang beri hadiah ‘mummy baharu’ untuk Jebat Jayden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ memohon bantuan netizen memberikan idea hadiah hari jadi untuk Jebat.

PETALING JAYA – Gara-gara meminta bantuan netizen memikirkan hadiah untuk diberikan untuk anaknya, Jebat Jayden sempena ulang tahun kelahirannya pada 30 Ogos nanti, rata-rata peminat mencadangkan pelakon, Sharnaaz Ahmad menghadiahkan ibu baharu buat anak tunggalnya itu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Sharnaaz meminta pertolongan pengikutnya untuk memberi cadangan hadiah terbaik yang patut diberikan kepada anaknya mengikut beberapa kriteria yang disenaraikan.

“Aku perlukan bantuan. Hadiah apa nak beli untuk budak bertuah ini sempena hari jadi dia. Antara kesukaan dia adalah menari, menyanyi, kentang goreng, ayam bakar, Spider-Man, obses dengan bulan, biskut, main air berjam-jam dan perempuan cantik (ikut baba).

“Selain bagi mak baru, tolong bagi idea. Dah dekat 30 Ogos ni. Pertolongan anda boleh membantu ibu bapa seperti aku yang hilang idea nak beli apa,” tulisnya.

Hantaran Sharnaaz mendapat maklum balas apabila rata-rata pengikut meninggalkan komen supaya memberikan ibu baharu untuk Jebat.

“Bagi mummy barulah mamu,” kata seorang pengikutnya.

“Bagi mummy muda yang pandai menyanyi dan menari,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

“Pengasuh baharu yang cantik dan muda seperti pengasuh Aafiyah (anak Datuk Seri Siti Nurhaliza),” kata seorang netizen.

Terdahulu, Sharnaaz sebelum ini menjadi bualan dalam kalangan netizen apabila didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon yang juga ahli kumpulan De Fam, Azira Shafinaz.

Sharnaaz juga sebelum ini dilihat pernah memuat naik sebuah hantaran sempena ulang tahun kelahiran Azira yang ke-29 pada 26 September tahun lalu.

Untuk rekod, Sharnaaz berkahwin dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017. Bagaimanapun pasangan itu sah bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI