fbpx

Mayat keempat kejadian kepala air ditemui petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Wahab (kanan) mendengar penerangan Pengarah JBPM Kedah, Sayani Saidon di Air TerjunTiti Hayun, hari ini.

YAN – Seorang mangsa yang dilaporkan hilang akibat dihanyutkan kepala air akibat limpahan air dari Gunung Jerai dalam kejadian semalam ditemui pada petang ini.

Mayat mangsa, Mohamad Faizal Zohir, 28, ditemui di kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Sungai Udang kira-kira  pukul 3.10 petang.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, penemuan mayat itu menjadikan keseluruhan mangsa maut setakat ini seramai empat orang

“Usaha mengesan dua lagi mangsa yang dilaporkan hilang iaitu Ridwan Poniman dan Ku Shuib Ku Abdullah masih diteruskan,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di kawasan peranginan Air Terjun Titi Hayun di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI