fbpx

Lelaki hasilkan potret pasangan selebriti hanya menggunakan ‘rubik cube’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Potret pasangan selebriti yang dihasilkan Zabli menggunakan permainan 'rubik cube'.

PETALING JAYA – Jika sudah ada bakat seni dan idea kreatif semua benda boleh menghasilkan sebuah karya seni yang menakjubkan.

Itulah antara komen pengguna laman Facebook selepas melihat karya seni sebuah potret yang dihasilkan seorang lelaki dikenali sebagai Zabli Ab Hadi.

Menariknya, potret yang memaparkan pasangan selebriti yang juga pelawak dan penyanyi Shuib dan arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin dihasilkan menggunakan permainan ‘rubik cube’.

Kosmo! difahamkan, potret pasangan selebriti itu dihasilkan menggunakan kira-kira 400 buah permainan rubik cube.

Menurut Zabli, rakaman klip video yang berdurasi 49 saat yang memaparkan dia menghasilkan potret tersebut adalah pertama kali menggunakan aplikasi TikTok.

“Kali pertama buat TikTok, tobat malu, rakam pagi dan buat balik waktu rehat tengah hari, petang baru dapat edit,” tulisnya pada hantaran di Facebook.

Sehingga pukul 12.30 tengah hari tadi, klip video berkenaan telah ditonton lebih 420,000 kali dan dikongsi lebih 18,000 pengguna.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI