fbpx

[KEMASKINI] Pendakwah terkenal hadir di Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan pacuan 4X4 yang dipercayai membawa pendakwah bebas masuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebentar tadi. - Foto oleh MOHD. FIKRI FADZIL

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal tanah air yang didakwa dalam kes gangguan seksual hadir ke Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.

Sebuah kereta pacuan empat roda Hilux yang dipercayai membawa pendakwah berkenaan tiba di pintu masuk utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu sekitar pukul 8.59 pagi.

Difahamkan, seorang individu yang memakai kopiah dilihat turun daripada kereta tersebut bagaimanapun wajahnya tidak dapat dilihat dengan jelas.

Beberapa individu disyaki anggota polis berpakaian biasa dilihat cuba mengepung beliau seperti mahu mengelak pendakwah itu dirakam media atau orang awam.

Namun begitu, pengamal media dan jurukamera yang berkumpul di hadapan Bukit Aman tidak sempat merakam kemunculan individu itu dengan jelas ekoran dihalang anggota polis yang menutup ruang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi sebentar tadi enggan mengulas lanjut berkenaan kehadiran individu tersebut.

“Sekejap lagi satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan yang boleh sahkan kehadiran (pendakwah terkenal),” tegasnya.

Semalam, sumber memberitahu bahawa pendakwah terkenal itu dipanggil Bukit Aman untuk diambil keterangan hari ini berkenaan dakwaan gangguan seksual.

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI