fbpx

Kebencian, kasih sayang, nilai konservatif Mimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIMI membawa isu ibu tumpangan dengan nilai dan sarat mesej berguna sekali gus menjadikannya antara filem Bollywood terbaik tahun ini.

DAHSYAT. Itu perkataan paling tepat ketika menonton filem terbaharu Bollywood yang kini rancak ditonton ramai dalam platform penstriman Netflix, Mimi.

Berkisarkan tentang isu ibu tumpangan, Mimi yang dipacu sutradara Laxman Utekar merupakan sebuah filem sarat emosi, empati, lelucon dan nilai asimilasi. Semua elemen berkenaan berdiri dengan cukup sempurna.

Berlokasikan Rajasthan, Mimi didatangi pasangan suami isteri, John dan Summer dengan bantuan seorang pemandu teksi, Bhanu untuk dijadikan ibu tumpangan. Semuanya berjalan dengan baik sehinggalah anak yang dikandung Mimi melalui proses rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) dikhabarkan berdepan sedikit masalah.

 

WATAK Mimi dan Raj memutikkan mesej bersifat manusiawi bahawa biarpun berlainan warna kulit, hubungan darah daging tetap terjalin.

 

Itu sedikit mukadimah tentang Mimi. Naratif yang barangkali kedengaran ringkas sebenarnya terkandung banyak nilai rumit yang membuatkan penonton bukan hanya sekali menelaah filem tersebut, tetapi mungkin berkali-kali.

Tradisi Bollywood

Dari segi plot penceritaan dan pengarahan, pujian harus diberikan kepada Laxman kerana berjaya membikin filem Mimi dengan sangat cemerlang dan ada roh tersendiri meskipun dibikin semula daripada karya Mala Aai Vhhaychy!.

Mimi mengekalkan nilai tradisi Bollywood iaitu terdapat selingan nyanyian dan tarian, namun paling utama adalah mesej yang ingin disampaikan yakni berkaitan isu ibu tumpang.

Pelakon jelita, Kriti Sanon (kiri) melunaskan watak sebagai Mimi, seorang wanita kampung yang mempunyai ambisi besar menjadi bintang Bollywood dengan penuh kecemerlangan.

Pengguguran bayi adalah satu jenayah sama seperti membunuh manusia. Malangnya, perbuatan tersebut tidak dilihat dari kaca mata yang sama hanya kerana anak dalam kandungan belum celik mata melihat dunia. Tetapi Mimi berpegang teguh dengan kepercayaan tersebut.

Dari segi terjemahan watak pula, semua yang terlibat merupakan pelakon hebat dan mempunyai impak tersendiri.

Watak A+, mesej ‘white privilege’

Termasuklah jiran Bhanu yang ‘menagih’ tips bagaimana dia boleh dikurniakan bayi ‘Mat Salih’ sedangkan wajahnya tiada iras langsung.

Perhatian lebih perlu diberikan kepada Kriti Sanon yang menjayakan watak Mimi dan Pankaj Tripathi (Bhanu) iaitu nadi utama dalam filem ini. Cetusan kimia antara mereka sangat ‘menjadi’ dan memberi impak luar biasa.

‘The A team’. Pengarah dan barisan pelakon yang merealisasikan Mimi yang merupakan naskhah bikin semula daripada filem India terdahulu, Mala Aai Vhhaychy!.

Kriti mengejutkan ramai dengan kehandalan lakonannya. Pankaj pula keluar dari kepompong lazimnya yang sebelum ini terbiasa dengan watak antagonis atau samseng.

Peranan mereka membuktikan masih ramai manusia memiliki ketelusan hati walaupun terkadang ada yang mudah ‘dibeli’ dengan wang ringgit.

Berkenaan isu white privilege, cacian pasti hinggap untuk John dan Summer kerana perbuatan mereka terhadap Mimi, namun perasaan tersebut dimatikan dengan klimaks yang indah.

Walaupun Mimi sekadar mencatat 18 peratus dalam Rotten Tomatoes, usah percaya kerana barangkali yang memberikan angka itu adalah segerombolan ‘Mat Salih’ yang tidak suka dengan terjemahan watak melibatkan bangsa mereka. Mimi, markah A+ daripada HibGlam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI