PUTRAJAYA – Usaha penyelidikan berterusan dalam bidang klinikal dijangka mampu memulihkan semula gaya hidup manusia seperti keadaan sebelum wabak Covid-19 muncul.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah malahan berkata, kerjasama kajian pelbagai pihak itu turut menjadikan bidang berkenaan maju seiring keperluan semasa.
“Penyelidikan Covid-19 perlu dilakukan secara berterusan bagi bantu kita memahami penyakit dan kemudian dapat menambah baik isu pengurusan penjagaan kesihatan awam,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Penyelidikan Klinikal Kebangsaan (NCCR) ke-14 secara maya hari ini yang bertemakan ‘Pelarasan kepada Norma’.
Noor Hisham berkata, persidangan kali ini menumpukan aspek kemajuan kajian pandemik selepas lebih setahun dunia berdepan dengan cabaran Covid-19, apatah lagi jumlah kes kini melonjak tinggi akibat varian baharu dan ini memerlukan penyelidikan klinikal yang lebih hebat. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929