KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan kepada seluruh rakyat agar tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan spekulasi yang boleh mengakibatkan hasutan ketika isu politik melanda negara ketika ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, perbuatan itu boleh mengancam ketenteraman negara selain mencetuskan kebimbangan kepada rakyat.
Katanya, beliau menjangkakan tiada berlaku demonstrasi di negara ini berhubung isu politik semasa kerana proses demokrasi sedang berlangsung mengikut Perlembagaan Persekutuan.
“Segala proses sedang berjalan dan saya nasihatkan agar rakyat tidak melakukan demostrasi bukan-bukan kerana ia menunjukkan bahawa kita tidak bersetuju dengan apa yang berlaku.
“Berdasarkan apa yang berlaku sekarang ini (isu politik), ia dilihat masih dalam keadaan aman, tenang dan terkawal. Apabila keadaan sudah elok seperti ini, diharap rakyat jangan buat spekulasi dan menularkan bermacam-macam perkara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929