PETALING JAYA – Terkedu orang ramai apabila melihat angka terkini kes positif Covid-19 hari ini yang dilihat semakin meningkat sehingga mencecah 22,948 kes.
Rata-rata mereka kembali resah apabila ‘sinar di hujung terowong’ seperti yang dilaporkan ‘frontliner’ sebelum ini seolah-olah kembali menjadi kelam.
Tinjauan Kosmo! di laman Facebook mendapati pelbagai reaksi dan komen telah diluahkan warga Facebook.
“Tindakan awal yang salah inilah akibatnya, dah parah baru nak bertindak jangan salahkan kerajaan baru diatas kesilapan orang lain.
Memang perlu masa yang banyak lepas ni, persoalannya mampukah kita serap tekanan kalau perlu ‘lockdown’ sekali lagi sebab itu sahaja jalan yang ada,” tulis Mohd Faizall Pejal.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Izuan Kata.
“Hari tu baru je ada sinar di hujung terowong, rasanya macam sudah kelam balik cahaya itu,” katanya.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929