fbpx

Gerakkan segera bantuan kepada penduduk terjejas – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan negeri Kedah serta agensi-agensi berkaitan dapat menggerakkan segera semua bentuk bantuan kepada penduduk di beberapa kampung yang terlibat dalam bencana banjir kilat di Yan, Kedah.

Perdana Menteri Caretaker berkata, beliau mengikuti secara dekat bencana banjir kilat yang melanda beberapa buah kampung di daerah Yan dipercayai kesan daripada fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai petang tadi.

“Keselamatan dan bekalan makanan perlu menjadi keutamaan ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau malam tadi.

Beliau berkata, dia difahamkan bahawa petugas-petugas keselamatan dan kecemasan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam telah melakukan operasi menyelamat dan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan bencana terjamin.

“Semoga tugas-tugas pasukan keselamatan ini dipermudah manakala penduduk yang terjejas serta terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara disediakan bantuan dan perlindungan sewajarnya, dengan selamat dan teratur terutamanya ketika dalam situasi pandemik Covid-19,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI