fbpx

Dua PPS Kuala Muda ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua PPS di Kuala Muda ditutup pada pagi ini.

YAN – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuala Muda yang menempatkan 42 orang daripada 16 keluarga terjejas banjir susulan fenomena kepala air di Gunung Jerai di sini ditutup pada pukul 10 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, semua penduduk yang ditempatkan di PPS Dewan UMNO Gurun dan Surau Taman Lembah Merbok itu dibenarkan pulang selepas paras air di kediaman masing-masing mulai surut pagi ini.

“PPS Dewan UMNO Gurun yang menempatkan 20 orang daripada enam keluarga dibuka pada pukul 6 petang semalam manakala PPS Surau Taman Lembah Merbok dibuka pada pukul 9 malam tadi dan menempatkan 22 orang daripada 10 keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, bagi daerah Yan, Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Yan, Kapt (PA), Norlizawati Ismail berkata, PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan masih beroperasi.

Katanya, setakat pukul 5 petang ini masih terdapat tiga orang mangsa membabitkan dua buah keluarga dari Mukim Yan yang ditempatkan di dewan sekolah tersebut

“PPS di daerah Yan masih kekal seperti semalam dan selain itu kita juga ada sediakan sebuah lagi PPS untuk mangsa banjir yang positif Covid-19 di Sekolah Kebangsaan Teroi, namun setakat ini belum ada mangsa yang ditempatkan di situ,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI