KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut manakala bapanya dikhuatiri lemas ekoran bot dinaiki dua beranak itu dipercayai disambar petir sewaktu keluar menangkap ikan di perairan Pulau Dinawan, Kinarut semalam.
Mangsa, Abdullah Mohd Nasir, 20-an ditemui kira-kira pukul 7 petang semalam oleh nelayan tempatan tetapi disahkan meninggal dunia.
Bapa mangsa, Mohd Nasir Abdul Nasir, 62, kini masih belum ditemui dan usaha mencari giat dilaksanakan pasukan penyelamat.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, operasi carilamat sudah diaktifkan sejak pukul 8 malam tadi.
“Siasatan awal mendapati semua mangsa dilaporkan keluar bersama dengan menaiki bot pam berasingan untuk ke laut. Kedua-dua mangsa disyaki disambar petir ketika melakukan aktiviti menangkap ikan kira-kira pukul 4 petang.
“Nelayan tempatan yang berada di lokasi hanya menemui mayat Abdullah sebelum terus dibawa ke Hospital Papar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929