fbpx

Dana pendidikan RM1 juta melalui akaun SSPN-i

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memaklumkan senarai nama pemenang Peraduan Dana RM1 juta Harapan yang berlangsung pada 5 April hingga 30 Mei lalu telah diumumkan hari ini.

Menurut PTPTN, pertandingan tersebut merupakan kolaborasi strategik pihaknya dengan Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) bagi memupuk amalan menabung dalam kalangan kanak-kanak demi jaminan pendidikan masa hadapan.

Peraduan itu turut bertujuan menggalakkan ibu bapa menyediakan tabungan pendidikan anak-anak sejak kecil di samping memberikan panduan kepada ibu bapa memilih susu formula dengan nutrisi lengkap untuk si manja mereka.

“Hadiah berjumlah RM1 juta dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) itu ditaja sepenuhnya DLMI dengan seramai 40 pemenang menerima RM25,000 setiap seorang,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Tambahnya, PTPTN sentiasa mengalu-alukan penglibatan agensi kerajaan dan syarikat korporat untuk menjadikan SSPN-i sebagai pilihan utama sebagai pemberian hadiah, insentif atau sumbangan melibatkan program, anugerah, kempen dan peraduan.

Menurutnya, ini kerana SSPN-i merupakan produk simpanan terbaik dengan menawarkan pelbagai keistimewaan seperti manfaat pelepasan taksiran cukai, dividen yang kompetitif, perlindungan takaful secara percuma, simpanan dijamin kerajaan dan skim ini patuh syariah.

“Senarai pemenang Peraduan Dana RM1 juta Harapan boleh diperoleh melalui laman web www.smartmoments.com.my selain semakan turut boleh dibuat melalui penyata SSPN-i atau layari www.ptptn.gov.my,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI