fbpx

Bakal penerima vaksin Covid-19 kecewa PPV ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPV tersebut tutup tanpa dimaklumkan kepada penerima vaksin.

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 42 tahun kesal kerana tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19 seperti dijadualkan dalam aplikasi Mysejahtera hari ini.

Dia yang tiba di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.45 petang mendakwa telah diarahkan pulang.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Farid Kadir berkata, dia dimaklumkan oleh anggota bertugas di PPV tersebut bahawa PPV berkenaan telah ditutup.

“Dalam (aplikasi) Mysejahtera saya dijadualkan menerima suntikan vaksin dos kedua di sini pukul 3 petang hari ini. Saya menetap di Seremban, Negeri Sembilan tetapi didaftarkan mengambil vaksin di sini.

“Itu tidak mengapa. Bagaimanapun apabila saya tiba mereka minta saya dan ramai lagi pulang kerana PPV itu dikatakan telah ditutup. Saya tanya mengapa tutup tiada siapa beri penjelasan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Farid berkata, keadaan itu menyukarkan dirinya kerana dia perlu pulang ke Seremban dan datang semula ke ibu negara pada hari lain untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Menurutnya, pihak PPV perlu memaklumkan lebih awal kepada bakal penerima vaksin Covid-19 jika PPV ditutup untuk memudahkan urusan semua pihak.

“Saya menangguhkan hal kerja saya hari ini bagi memastikan dapat vaksin Covid-19, namun ini pula terjadi,” katanya dalam nada kecewa. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI