fbpx

Aliff Syukri calonkan diri sebagai PM, Zizan Razak pula TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERBUALAN siapa PM dan siapa TPM antara Aliff Shukri dan Zizan menggeletek hati ramai.

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri sekali lagi membuatkan netizen pecah perut apabila dia menggelarkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri (PM) kesembilan dalam satu siaran langsung Instagram malam tadi.

Lebih lucu, dia turut melantik pelawak dan pelakon, Zizan Razak sebagai pembantunya, sekali gus menjadi calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang baharu.

“Saya kecewa kenapa tidak terpilih dalam senarai calon Perdana Menteri yang mengadap Yang di-Pertuan Agong,” seloroh Aliff.

Paling membuatkan pengguna Instagram tidak kering gusi ialah apabila Zizan yang dilantik sebagai calon TPM oleh Aliff mula memberi pelbagai bentuk nasihat kepada pemilik jenama D’Herbs itu.

“Datuk, jangan marah-marah. Ini bukan sifat calon Perdana Menteri. Saya tidak marah tetapi inilah tugas sebagai TPM.

“Rakyat semua, tolonglah sokong PM kita iaitu Aliff Syukri,” seloroh pelakon filem Polis Evo itu.

Kemuncak perbualan mereka apabila Aliff secara tiba-tiba menghentikan siaran langsung berkenaan kerana berkecil hati dengan nasihat dan gurauan Zizan.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen mencadanngkan Aliff supaya mencalonkan diri dalam Pilihan Raya ke-15 akan datang, sekali gus bagi merealisasikan impiannya untuk menjadi PM.

“Nanti PRU15, Datuk jadi calon okey. Saya akan undi Datuk,” komen seorang netizen.

“Cepat sangat sentap dan sensitif. Tak payahlah jadi PM,” tulis seorang lagi pengikut Instagramnya.

Sebelum ini, Aliff pernah menyuarakan kesungguhannya memohon jawatan PM kesembilan dengan berkongsi paparan borang permohonan dalam Instagramnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI