fbpx

Ahli parlimen BN naik bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dilihat masuki ke Pintu Dua Istana Negara bagi sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memilih pelantikan Perdana Menteri kesembilan di sini, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Barisan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sekali lagi menaiki bas untuk menuju ke Istana Negara pada pagi ini.

Sebelum ini mereka turut menaiki bas iaitu pada 25 Februari tahun lalu selepas dititah mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika pemilihan calon Perdana Menteri kelapan.

Antara yang kelihatan adalah Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau); Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang); Tan Sri Annuar Musa (Ketereh).

Turut kelihatan, Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau); Datuk Jalaluddin Alias (Jelebu); Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands); Datuk Abdul Rahman Mohamad (Lipis) dan Datuk Salim Sharif (Jempol) berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI