fbpx

3 maut selepas kibar bendera Indonesia di Gunung Bawakaraeng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat sedang melakukan aktiviti mencari dan menyelamat mangsa yang maut. – Merdeka

JAKARTA – Tiga orang pendaki maut ketika mendaki Gunung Bawakaraeng di Sulawesi Selatan, Indonesia, selepas menyertai acara mengibarkan bendera negara itu sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia kelmarin, lapor laman berita Merdeka.com hari ini.

Menurut polis, ketiga-tiga mangsa ialah sebahagian daripada lapan orang kumpulan pendaki yang naik ke gunung tersebut pada Sabtu lepas.

Mereka kemudiannya bersiap sedia untuk mendaki ke puncak gunung bagi acara pengibaran bendera merah putih pada  15 Ogos sebelum bermalam di sebuah pos pendakian akibat cuaca buruk.

Bagaimanapun, kumpulan itu sempat mendaki ke puncak pada keesokan harinya sebelum kembali turun ke bawah akibat dilanda cuaca ekstrem sekali lagi.

Tiga orang daripadanya kemudiannya maut akibat mengalami hipotermia.

“Terdapat kekeliruan pada awalnya, di mana lima pendaki yang terselamat memberitahu pasukan penyelamat bahawa salah seorang daripada mayat yang dijumpai ialah Rian, yang mana sebenarnya mayatnya masih berada di trek pendakian,” kata Ketua Polis Tinggimoncong Gowa, Iptu Hasan.

Bagaimanapun, selepas mengenalpasti identiti dengan keluarga mangsa, pasukan penyelamat mendapati mayat tersebut bukan Rian dan perkara itu akhirnya diakui oleh rakan-rakannya yang lain.

Ini memaksa pasukan penyelamat untuk naik ke atas gunung sekali lagi bagi mencari mayat Rian dan dia akhirnya ditemui di sebuah lokasi berbatu dan pokok dengan ditutup oleh sehelai jaket.

“Jadi, secara keseluruhan, tiga orang yang meninggal dunia,” kata Iptu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN