fbpx

20 khuatir dijangkiti selepas mandi, kafan jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis yang hadir ke kediaman Allahyarhamah untuk mendapatkan maklumat lanjut dari keluarga sebelum jenazah dibawa ke Hospital Kota Tinggi, Johor bagi menjalani ujian calitan Covid-19.

KOTA TINGGI – Lebih 20 penduduk di Bandar Sri Perani di sini khuatir dijangkiti Covid-19 selepas memandikan, mengkafankan serta hadir majlis kematian seorang penduduk yang disahkan positif semalam.

Seorang penduduk, Isa Din Pon, 57 berkata, kejadian itu bermula selepas jenazah wanita itu diperiksa pasukan kesihatan yang datang menaiki ambulans, yang mana mereka mengesahkan kematian Allahyarham pada waktu Subuh hari berkenaan tiada kaitan dengan Covid-19.

“Selepas Subuh saya kemudian sempat ke rumah arwah untuk bertanya tentang hal kebumi dan membantu untuk persiapan yang patut.

“Kemudian saya ke tempat kerja. Kira-kira pukul 9 pagi saya hendak maklumkan kepada tuan rumah jenazah sudah boleh dikebumikan namun sebaik sampai saya dapati terdapat kenderaan polis di rumahnya,” katanya di sini hari ini.

Isa berkata, kehadiran pihak polis bertujuan untuk membawa jenazah ke hospital kerana Allahyarhamah meninggal dunia dalam keadaan tidak mempunyai rekod penyakit.

Jelasnya, jenazah yang sudah sempurna dikafankan itu kemudian di bawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) sebelum mendapati hasil ujian calitan adalah positif.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan pihak polis ada mengambil jenazah tersebut di Bandar Sri Perani untuk di bawa ke HKT bagi tujuan calitan.

Katanya, hasil ujian calitan mendapati Allahyarhamah yang telah siap dimandikan dikafankan oleh penduduk positif Covid-19. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI