IPOH – Majlis Konvokesyen ke-13 Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang tertangguh sejak lapan bulan lalu ekoran pandemik Covid-19, akan diadakan secara maya buat pertama kalinya pada Sabtu ini.
Majlis yang akan berlangsung melalui platform Zoom, Facebook rasmi USAS dan saluran YouTube mulai pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.
Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan USAS, Dr. Anas Md Yusof, berkata seramai 1,292 graduan terlibat dengan 757 adalah lulusan Fakulti Pengajian Islam dan 536 orang Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat.
“Perisytiharan penganugerahan akan dibuat oleh Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kardi merangkumi dua penerima ijazah Doktor Falsafah, Sarjana (59), Sarjana Muda (288) dan Diploma (943).
“Istiadat konvokesyen kali ini juga akan menyaksikan pemasyhuran Tan Sri Dr. Wan Zahid Mohd. Noordin sebagai seorang lagi Pro Canselor USAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929