fbpx

11,000 botol air zam-zam tanpa permit disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JKDM merampas 11,000 botol air zam-zam yang cuba diimport masuk secara tidak sah dalam operasi di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor Bahru, 5 Ogos lalu.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor telah berjaya mematahkan cubaan mengimport masuk 11,000 botol air zam-zam di sebuah gudang simpanan di Pelabuhan Pasir Gudang, dekat sini pada 5 Ogos lalu.

Pengarahnya, Sazali Mohamad berkata, perkara itu dikesan pihaknya ketika melakukan pemeriksaan terhadap dua buah kontena berukuran 40 kaki pada pukul 11.50 pagi.

Jelas beliau, operasi itu turut menyaksikan seorang lelaki berusia 56 tahun yang merupakan pekerja gudang ditahan untuk membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan terhadap dua buah kontena itu menemui 11,000 botol air zam-zam bersamaan dengan 55,000 liter yang dipercayai tidak mempunyai permit yang sah diimport melalui Pelabuhan Tanjung Pelepas sebelum dipindahkan ke Pelabuhan Pasir Gudang.

“Hasil semakan ke atas dokumen sokongan iaitu Bill of Lading dan Daftar Masuk mendapati dagangan tersebut telah diikrar sebagai ‘Artificial Flower’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Sazali, air zam-zam diklasifikasikan sebagai barang larangan import di bawah Butiran 74, Jadual Ketiga, Bahagian I Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

“55,000 liter air zam-zam yang dirampas tersebut dianggarkan bernilai RM 412,500 manakala cukai terlibat sebanyak RM107,250,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI