fbpx

Wanita panik diugut bunuh anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila diugut bunuh oleh anak kandungnya sendiri dalam kejadian di rumah mereka di Pandan Indah di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang sewaktu mangsa, 54 tahun keluar dari bilik tidur untuk menuju ke dapur.

“Ketika itu, anak lelakinya berusia 28 tahun yang berada di ruang tamu secara tiba-tiba mengacukan sebilah gunting dan mengugut mahu membunuh wanita itu sambil mendakwa mangsa bukanlah ibunya.

“Wanita berkenaan yang terkejut terus masuk semula ke dalam bilik serta mengunci pintu kerana ketakutan dan ketika kejadian hanya dia, suspek dan seorang lagi anaknya yang berusia sembilan tahun berada di rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, wanita berkenaan merupakan seorang ibu tunggal serta mempunyai dua orang anak lelaki dan mereka hanya tinggal bertiga di rumah tersebut.

“Tangkapan ke atas suspek telah dibuat pada keesokan harinya kira-kira pukul 2 petang di rumah mereka dan pihak polis turut merampas sebilah gunting kecil yang berukuran empat inci.

“Semakan mendapati suspek yang belum berkahwin itu memiliki 14 rekod jenayah lampau atas kesalahan dadah dan jenayah malah dia juga didapati positif dadah jenis methamphetamine,” ujar beliau.

Tambah Mohamad Farouk, suspek direman selama empat hari sehingga 21 Ogos ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952,” tegas beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI