fbpx

UMNO, Pas sepakat namakan Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Dua parti terbesar, UMNO dan Pas hari ini sepakat menamakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri yang baharu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesahkan perkara itu berkata, perbincangan berhubung isu berkenaan dijalankan secara bersama bagi memastikan proses pemilihan calon Perdana Menteri baharu berjalan lancar.

“Justeru, saya mengesahkan bahawa semua 18 Ahli Parlimen Pas juga sepakat untuk menamakan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon tunggal Perdana Menteri untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada petang ini.

“Kita juga siapkan semua SD Ahli Parlimen untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong. Kita sudah bincang dan parti pun sudah buat keputusan. Jadi tiada isulah kerana semua 18 Ahli Parlimen PAS menyokong penuh pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri seterusnya,” katanya di Menara Dato’ Onn sebentar tadi.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI