fbpx

Sarapan diganggu ‘Oyen’, Ismail Sabri dapat ucapan tahniah awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar Ismail Sabri sedang bersarapan bersama 'Oyen' pagi tadi.

PETALING JAYA- Seakan menerima bayangan awal, itu yang dapat digambarkan berhubung karenah rakyat apabila rata-rata mereka mula mengucapkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri (PM).

Ucapan tahniah itu dibuat rakyat menerusi hantaran terbaru Ismail Sabri di Facebooknya apabila berkongsi gambar sedang bersarapan bersama isteri dan seekor kucing dipanggil ‘Oyen’.

Rata-rata rakyat bukan sahaja berharap agar Ahli Parlimen Bera itu bakal memimpin kerajaan baharu, malah turut meminta supaya Ismail Sabri lebih tegas dalam menutup ‘pintu’.

Perkataan pintu dikatakan pengguna laman media sosial mungkin boleh dikaitkan dengan operasi kilang di mana sebelum ini isu berkenaan hangat diperkatakan ketika pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

“Selamat maju jaya Datuk Seri, kalau betul diberi peluang jadi PM, jangan lupa beli ‘lock’ pintu yang elok sikit atau tidak payah buat pintu terus,” seloroh Fariz Ibrahim.

“Mantap bakal PM, mantap juga Oyen, semoga dipermudahkan urusan Datuk Seri,” kata Norsolehah Shahidan.

“Sekiranya diberi mandat Datuk Seri mentadbir Malaysia, saya selaku rakyat memohon agar segalanya berpandukan Al Quran dan sunnah,” doa Puan Rina Mohamad.

“Bakal pengganti abah, semoga semangat dan amanah sama sepertinya,” jelas Puan Norhidayah Mahmud.

“Saya wakil dari Salor, sokong Ismail Sabri sebagai PM, semoga Allah pilih Datuk Seri,” katanya.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

Dalam pada itu, surat akaun bersumpah (SD) oleh Ahli Parlimen perlu diberikan kepada Istana Negara sebelum pukul 4 petang hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI