fbpx

Premis perjudian online diserbu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki warga asing yang berperanan sebagai penjaga premis dan mengendalikan aktiviti perjudian ditahan di ibu negara semalam.

KUALA LUMPUR – Polis menahan empat lelaki termasuk tiga warga asing dalam satu serbuan ke atas sebuah premis yang didapati menjalankan aktiviti perjudian di Jalan Mega Mendung Off Jalan Klang Lama di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bersama Pakar Judi dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 petang.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, terdapat tiga lelaki warga asing serta seorang lelaki tempatan berusia 27 hingga 62 berada di dalam premis yang didapati menjalankan aktiviti perjudian secara dalam talian.

“Susulan itu, pihak polis telah bertindak merampas enam buah laptop, lapan komputer tablet, telefon bimbit, ‘wireless TP-Link’, buku serta anak kunci, alat kawalan jauh dan wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Basri, analisa yang dilakukan pakar judi ke atas peralatan-peralatan dirampas mendapati wujud aktiviti yang disyaki berkaitan dengan unsur-unsur perjudian dalam talian.

“Siasatan awal polis mendapati dua lelaki warga asing yang ditahan mengaku berperanan sebagai penjaga premis dan mengendalikan peranti yang digunakan untuk permainan judi dalam talian manakala dua suspek lain mengaku sebagai pemain judi di premis tersebut.

“Semua tangkapan seterusnya dibawa balik ke IPD Brickfields untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” tegas beliau.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI