fbpx

Perolehan suku kedua DRB-HICOM naik 30.8 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma DRB-HICOM, Shah Alam.

PETALING JAYA – Kumpulan DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) mencatat perolehan bernilai RM2.62 bilion untuk tempoh tiga
bulan berakhir 30 Jun 2021 (SK2 21) dengan  peningkatan 30.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Bagi  tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021 (SP1 21), perolehan dicatat pada RM6.13 bilion iaitu naik 29.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Kumpulan merekodkan kerugian pra-cukai sebanyak RM279.53 juta untuk tempoh SK2 21, manakala kerugian pra-cukai bagi SP1 21 berjumlah RM243.22 juta.

“Ini merupakan pemulihan jika dibandingkan dengan nilai kerugian yang lebih tinggi bagi tempoh-tempoh yang sama dalam TK2020,  yang mana masing-masing mencatatkan kerugian lebih besar pada RM365.80 juta dan RM511.11 juta,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, meskipun mengalami tekanan jualan akibat perlaksanaan perintah-perintah kawalan pergerakan  bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19, pendapatan sektor automotif DRB-HICOM meningkat 52 peratus berbanding 2020, kepada RM4.35 bilion.

“Pencapaian ini sebahagian besarnya didorong prestasi jualan kenderaan oleh syarikat automotif nasional PROTON dan jenama kenderaan yang lain di dalam Kumpulan, serta pendapatan dari syarikat pembuatan dan kejuruteraan seperti PHN Industry Sdn Bhd dan HICOM-Teck See Manufacturing Malaysia Sdn Bhd.

“Pendapatan dicatat pada jumlah RM1.78 bilion untuk SK2 21, meningkat sebanyak RM721 juta atau 68% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020,” ujarnya.

Kenyataan itu menambah, namun, tempoh PKP yang berpanjangan ini dijangka  mempengaruhi jumlah penjualan tahunan kerana pusat-pusat pameran untuk PROTON, Honda, Mitsubishi, Volkswagen, Isuzu dan TATA masih kekal ditutup di beberapa buah negeri sekali pun
11 sektor ekonomi dibuka semula baru-baru ini.

Sementara itu, Kompleks Automotif HICOM di Pekan, Pahang mendapat kebenaran untuk beroperasi setelah negeri pantai timur tersebut memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Nasional, namun vendor dan pembekal yang berpusat di Lembah Klang masih ditutup dan bekalan
komponen kekal terhenti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI