fbpx

Penilaian pemimpin berdasarkan status hidup rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ameera Nadia

PETALING JAYA- Penilaian terhadap sesebuah kerajaan akan dibuat rakyat berdasarkan status hidup mereka di mana jika kehidupan berada dalam keadaan baik bakal menterjemahkan pemimpin yang baik dan sebaliknya.

Ketua Penerangan, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Nibong Tebal, Pulau Pinang, Ameera Nadia Mohd. Shafiee berkata, rakyat sedang memerhati dan menilai kepimpinan berdasarkan status kelangsungan hidup mereka.

“Pada hemat saya, kelangsungan hidup rakyat adalah survival yang genting dan mana-mana parti politik yang berjaya memberi khidmat terbaik akan berjaya meraih sokongan tidak berbelah bahagi rakyat.

“Namun sebagai rakyat jua, kita seharusnya adil dalam membuat pertimbangan, ketepikan ketaksuban dan ideologi masing-masing, berikan peluang kepada kepimpinan baharu membuktikan khidmat mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, politik negara mencatat sejarah apabila menyaksikan dua orang Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum Pilihanraya Ke-15.

“Kemelut politik dilihat sangat meruncingkan sejak perubahan tampuk kepimpinan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan mahupun Pakatan Nasional.

“Rakyat mula gelisah dengan situasi ini dan mula memikirkan siapakah selayaknya mengetuai nakhoda dan menjaga kebajikan dan keperluan mereka dalam melawan Covid-19,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI