fbpx

[VIDEO] Pemandu ambulans KKM maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kemalangan yang mengorbankan pemandu ambulans Kilometer 9.7 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Skudai di hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu sebuah ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) menemui ajal apabila kenderaan yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 9.7 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Skudai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 49 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan parah selepas tersepit pada bahagian pemandu.

Difahamkan, ambulans terbabit dalam perjalanan dari Pusat Kesihatan Daerah Kluang untuk mengambil vaksin di Hospital Permai di sini.

Insiden itu turut melibatkan penumpang bahagian hadapan cedera. -K! ONLINE

Laporan lanjut akan menyusul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI