PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) harini mengumumkan kenaikan pangkat serta pertukaran yang melibatkan empat pegawai kanannya.
Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Superintendan Skandaguru Anandan berkata, pertukaran itu didahului dengan Ketua Polis Kelantan, Datuk Sapiai@ Shafien Mamat yang akan memangku pangkat Komisioner Polis.
“Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad serta Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Lalulintas/ Pengurusan Saman), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain pula akan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis.
“Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Muhamad Zaki Harun pula akan ditukarkan menjadi Timbalan Ketua Polis Kelantan dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Skandaguru, pertukaran tersebut akan berkuat kuasa bermula 20 September ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929