JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia menjadi tular di media sosial apabila mengibarkan bendera negara itu di tengah jalan raya dengan hanya memakai lampin pakai buang, lapor Suara.com, semalam.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram @bekasi.terkini, lelaki itu dipercayai sedang meraikan Hari Kemerdekaan Indonesia yang disambut warganya setiap tahun pada tanggal 17 Ogos.
Tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi pengguna masyarakat yang beranggapan individu tersebut kurang siuman.
“Kalau Dinar Candy berbikini, pihak polis datang untuk menangkapnya. Kalau kes seperti ini, perlu panggil siapa ya?” komen seorang netizen.
“Indonesia sudah 76 tahun merdeka tetapi ada lagi warganya yang belum merdeka perbuatan dan fikirannya,” komen seorang lagi. – Agensi