PUTRAJAYA – Penduduk Ladang Sungai Kahang dalam Daerah Kluang, Johor antara lima lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai lusa hingga 2 September ini.
Kawasan estet pertanian kelapa sawit itu diwartakan PKPD susulan 70 kes positif Covid-19 direkodkan hasil saringan bersasar kluster tempat kerja yang melibatkan pekerja kilang di situ.
Kluster itu diwartakan pada 9 Ogos lalu ekoran ujian saringan membabitkan 430 pekerja, namun tiada kaitan dua lagi kluster baharu di daerah tersebut yang diumumkan tarikh sama.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, empat lagi lokaliti ialah di Sabah iaitu Kampung Tanjung Pagar, Sipitang; Kampung Jawa, Tawau; Kampung Padang Tembak, Keningau dan setinggan Kampung Baru Luyang, Penampang.
“Sejumlah 15 lokaliti di empat negeri berbeza ditamatkan PKPD secara serentak pada esok dengan tiga darinya itu berakhir awal daripada tarikh dijadualkan MKN.
“Kesemuanya terletak di Kelantan iaitu Kampung Bukit Merbau dan Kampung Baru Pupoh dalam Jajahan Pasir Puteh serta Kampung Wek Batu 23, Labok dalam Jajahan Machang; selain Taman Sri Kebakat dalam Jajahan Tumpat,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929