KUANTAN – Pelaksanaan Program Vaksin Industri Pembinaan (CIVac) yang julung kali diadakan di negeri ini bermula semalam memberikan nafas baharu kepada industri pembinaan yang turut terkesan akibat pandemik Covid-19.
Malah langkah berkenaan juga dilihat mampu mempercepatkan imuniti kelompok di negeri ini dalam usaha memutuskan penularan wabak Covid-19.
Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin Industri PPVIN yang melibatkan kerjasama antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Hotel Grand Darulmakmur dan Klinik Al-Amin dilaksanakan di Hotel Grand Darulmakmur bermula 17 Ogos hingga 23 Ogos depan.
Pelaksanaan progam melibatkan zon timur berkenaan dijangka melibatkan lebih 5,000 pekerja sektor binaan daripada semua peringkat.
Pada masa ini CIVac telah dilaksanakan di Cheras, Kuala Lumpur; Shah Alam, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.
Pengurus sebuah syarikat pembinaan, Aida Pang berkata, pelaksanaan program itu amat dinantikan bagi memastikan kelancaran operai dan aktiviti pembinaan yang menyumbang kepada ekonomi negara.
“Sudah lama kami menantikan program seperti ini bagi membolehkan operasi pembinaan dilaksanakan dengan lancar selepas pekerja mendapat vaksin sepertimana ditetapkan pihak berkuasa.
“Hari ini saya membawa lebih 50 pekerja industri binaan dari syarukat saya sekali gus menyaksikan kesemua pekerja di syarikat saya telah mendapat suntikan vaksin,” ujarnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929