PETALING JAYA- Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mendoakan agar kerajaan bakal dibentuk selepas ini merupakan sebuah kerajaan yang sentisa menjaga rakyat dan kepentingan lain.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) turut menyifatkan bahawa kerajaan yang gagal sebelum ini sudah menjadi sejarah.
“Moga selepas ini, kerajaan dibina adalah yang berjaya menjaga agama, kesihatan, ekonomi, sosial, pendidikan dan #PrihatinRakyat.
“Moga kerajaan gagal sudah menjadi sejarah dan perpaduan negara dapat dicapai,” katanya dalam ciapan di laman Twitter hari ini.
Ahmad Maslan juga pemimpin yang bakal dilantik supaya tidak zalim kepada rakyat dan sentiasa benar pada setiap masa. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929