fbpx

Kedai emas belum buka, peniaga keliru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja, Linda Fizzlindi mengelap cermin pameran sebelum pembukaan kedai emasnya di Pasar Besar Kedai Payang, Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Biarpun sudah dibenarkan kembali beroperasi sejak kelmarin, kebanyakan pengusaha-pengusaha kedai emas di negeri ini masih ragu-ragu dan mengambil pendekatan untuk terus ‘tutup kedai’.

Tinjauan di Pasar Besar Kedai Payang di sini mendapati kese­mua 25 kedai emas yang terdapat di premis tumpuan ramai itu memilih untuk masih tidak berope­rasi semalam.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Terengganu, Zakaria Yusof berkata, walaupun terdapat pengumuman kebenaran pembukaan semula 11 sektor perniagaan termasuk kedai emas pada Ahad lalu, maklum balas diberikan oleh agensi kerajaan tempatan termasuk Maj­lis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pula sebaliknya.

“Sebaik dirujuk dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), saya dimaklumkan kedai emas masih belum boleh dibuka kerana kadar vaksinasi lengkap dalam kalangan populasi dewasa di Terengganu masih belum mencapai 50 peratus.

“Ia membuatkan kami keliru dan ragu-ragu sebelum buat keputusan bersama pengusaha-pengusaha kedai emas lain untuk tidak terburu-buru membuka premis semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Deretan kedai emas yang masih ditutup di Pasar Besar Kedai Payang, Terengganu semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan kerajaan sebelum ini membenarkan pembukaan semula 11 jenis aktiviti ekonomi termasuk kedai emas, kedai perabot dan kedai pakaian yang turut meliputi ne­geri-negeri yang berada pada Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Begitupun kemudahan sektor ekonomi tersebut terhad kepada individu yang sudah melengkap­kan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Zakaria mengakui beliau turut dihubungi beberapa pelanggan tetapnya berhubung pembukaan semula kedai emas yang sudah tiga bulan tidak beroperasi, namun ragu-ragu untuk buka balik.- K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI