fbpx

[VIDEO] Jururawat kongsi kisah seram di wad hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran di laman Instagram jururawat tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Perkongsian seorang kakitangan hospital mengenai kisah seram yang dialaminya semasa bertugas di wad di sebuah hospital menjadi tular di media sosial.

Melalui perkongsian video oleh jururawat tersebut yang dikenali sebagai Scha Myza di laman Instagram miliknya memaparkan keadaan di dalam sebuah wad pesakit yang kosong tetapi, beberapa peralatan seolah-olah sedang digunakan.

“Selain dugaan pesakit Covid, dugaan makhluk halus jugak. Dalam bilik tertutup macam ini pun dia duk main stateskop dan mesin ‘on’ macam ada orang dalam tu.

“Macam ada manusia punya jasad sebab semua tekanan darah on, walhal katil kosong.

“Dugaan betul kalau berdua dengan pesakit koma dalam tu,” katanya.

Dalam perkongsian lain, dia turut berkongsi kisahnya apabila perlu menguruskan mayat seorang diri walaupun dia merupakan seorang yang penakut.

“Itu belum uruskan mayat sorang-sorang. Kadang-kadang masa itu barang tak cukup, perlu tunggu sorang-sorang dalam tu dengan mayat sementara tunggu kawan datang. Dahlah Scha ni penakut.

“Kalau part bungkuskan mayat tu Scha susah sikit nak tidur bila kena ikat kaki dan kepala, masa tu Ya Allah dekatnya muka mayat dengan aku ni, mau tak tidur sebab teringat.

“Lepas dah balut semua badan tu, ada darah pulak keluar melalui hidung dan kotorkan kain putih tu. Bayangkanlah macam mana perasaan Scha tengok situasi tu. Mujur kawan-kawan semuanya sangat berani dan langsung tak hirau segala bunyi,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI