PETALING JAYA – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN).
Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Pontian terbabit menerusi satu ciapan di laman Twitter sebentar tadi.
“Berpadu bersama Presiden #UMNO DS @DrZahidHamidi, Timbalan DSU @tokmatn9, Penasihat #BN DS @NajibRazak & Ahli2 MKT UMNO.
“Dihantar hanya satu nama sbg calon #PerdanaMenteri oleh #AhliParlimen UMNO/BN pada 17/8/21 iaitu DS @IsmailSabri60 MP #Bera. Moga Allah SWT memberkati usaha kami,” ciapnya.- K! ONLINE