fbpx

Gol pertama Ozil selepas 18 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OZIL berjaya meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Demirspor pada aksi Liga Super Turki kelmarin. - AFP

ISTANBUL – Bintang Fenerbahce, Mesut Ozil akhirnya berjaya menamatkan penantian untuk menjaringkan gol pertamanya selepas berhijrah daripada Arsenal pada Januari lalu.

Ozil, 32, berjaya menjaringkan gol pada minit ke-46 untuk membolehkan Fenerbahce mencatat kemenangan 1-0 ke atas Adana Demirspor pada aksi Liga Super Turki di Sta­dium Yeni Adana kelmarin.

“Ini adalah kemenangan yang cukup penting buat pasukan. Saya juga berbangga kerana diberikan kepercayaan sebagai kapten pasukan.

“Terima kasih Irfan Kahveci kerana melakukan hantaran untuk saya menjaringkan gol,” kata Ozil.

Ia adalah gol pertama buat perancang tengah itu dalam tempoh 18 bulan sejak kali terakhir melakukannya ketika membantu The Gunners menewaskan Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Februari tahun lalu.

Sejak menyertai Fenerbahce, bekas tonggak skuad antarabangsa Jerman itu dilihat bergelut untuk menampilkan permainan terbaiknya apabila sekadar melakukan satu umpanan jaringan daripada 11 perlawanan.

Dalam masa sama, Ozil yang masih berbaki kontrak selama dua tahun dengan Fenerbahce, juga terpaksa dikete­pikan selama dua bulan kerana kecederaan pergelangan kaki

Bagaimanapun, segala-galanya dilihat berubah pada musim baharu kali ini dan Ozil dijangka mampu terus menyinar sekali lagi buat Fenerbahce menjelang aksi playoff Liga Europa menentang HJK Helsinki pada 22 Ogos ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI