fbpx

Geng Deva terlibat 20 kes jenayah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ridhwan (dua kanan) menunjukkan rampasan daripada Geng Deva

KUALA LANGAT – Kelicikan Geng Deva melakukan 20 kes jenayah termasuk pecah masuk rumah pegawai kanan polis berakhir apabila ditangkap dalam serbuan di sekitar Taman Telok Panglima Garang di sini, semalam.

Dalam serbuan bermula 10.40 pagi hingga 7.10 malam itu menahan tujuh suspek lelaki berusia 20-an.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan berhubung pecah masuk milik rumah seorang rumah pegawai polis berpangkat Inspektor di taman perumahan sekitar Telok Panglima Garang pada 13 Ogos lalu, pukul 11.55 malam.

Katanya, mangsa telah kehilangan baju, beg, kasut serta pakaian seragam polis yang lengkap dengan aksesori dalam kejadian tersebut.

“Bertindak atas maklumat awam kemudiannya membawa penangkapan ketujuh-tujuh suspek secara berperingkat di Taman Telok Panglima Garang.

“Hasil soal-siasat, suspek telah telah menunjukkan kepada polis tempat penyimpanan barang – barang hasil pecah rumah seperti sebuah kenderaan curi jenis Proton Wira, dua unit masing-masing air compressor dan utas jam tangan dan sepasang uniform pegawai kanan polis serta peralatan pecah rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, semakan rekod terhadap kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah, curi kabel Telekom Malaysia, kes samun dan penyalahgunaan dadah.

Tambah Ahmad Ridhwan, hasil ujian air kencing turut mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Menerusi penangkapan ini, pihak polis telah berjaya menyelesaikan 20 kes pecah rumah,kedai dan kecurian kabel di kawasan Kuala Langat Selangor.

“Kesemua mereka kini direman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI