fbpx

Gembira, tidak perlu lagi pinjam telefon bimbit nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Qaisara Batrisyia Mohd. Faslla (kanan) ditemani neneknya, Bunirah Saduan ketika mengikuti Pengajaran Pembelajaran di Rumah (PdPR) menggunakan komputer riba bantuan kerajaan di Felda Kota Gelanggi Dua di Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT – Tidak terucap dengan kata-kata kegembiraan seorang murid tahun empat, Nur Qaisara Batrisyia Mohd. Faslla, 10, setelah menerima bantuan komputer riba daripada kerajaan baru-baru ini.

Nur Qaisara Batrisyia yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi Dua di sini sebelum ini terpaksa meminjam telefon bimbit neneknya untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, penerimaan komputer riba itu merupakan episod baharu dalam hidupnya sekali gus memberikan semangat kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh.

Katanya, ibunya yang merupakan ibu tunggal dan bekerja di sebuah pasar raya di sini tidak mampu menyediakan komputer riba berkenaan kerana perlu mendahulukan barangan keperluan lain.

“Saya sedar pelajaran adalah penting bagi mengubah kehidupan keluarga, mujurlah nenek jarang menggunakan telefon bimbit dan bolehlah saya meminjam sewaktu PdPR bermula malahan kadang-kadang terpaksa bergilir dengan adik saya.

“Lepas ini saya tak payah kongsi dengan nenek, sumbangan ini amat bermakna sekali dan saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang mengambil berat nasib saya,”katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Bunirah Saduan, 66, berkata, dia bersyukur kerana cucunya itu mendapat komputer riba yang sememangnya diperlukan dan diingini olehnya untuk belajar.

Katanya, pemberian komputer riba berkenaan telah mengembirakan cucunya yang dilihat lebih bersemangat untuk belajar bagi mengubah nasib keluarga.

“Sebelum ini saya berasa kasihan dan sedih apabila tiba sahaja waktu PdPR cucu mula merengek meminta telefon bimbit untuk digunakan bagi sesi pembelajaran.

“Jadi apabila diberitahu sahaja waktu PdPR, saya meminjamkan telefon ini untuk kemudahan cucu sulong mengikuti pembelajaran dan saya nampak dia sungguh bersemangat setiap kali belajar,”ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI