fbpx

Alya Iman menangis rindu nak berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYA IMAN

PETALING JAYA – Sama seperti anak seni lain, pelakon baharu yang juga pensohor media sosial, Alya Iman mengakui sangat rindu untuk kembali ke set pengambaran selepas sekian lama kerjayanya terhenti, susulan pandemik Covid-19.

Akui Alya, 20, dia juga sering menangis kerana terlalu merindui kerjayanya namun terpaksa menolak tepi perasaannya itu untuk memastikan dirinya kekal positif.

TANGKAP layar hantaran Instagram Alya yang memberitahu dia sangat merindui untuk kembali ke set pengambaran.

“Hati ini sangat sedih dan rindu nak masut set pengambaran. Masih ingat lagi atau tak nak berlakon?

“Kadang-kadang terdiam tengok dinding dan menangis tetapi tidak boleh lama-lama kerana perlu cuba untuk jadi positif semampu yang boleh. Insya-Allah kita boleh lawan semua ini,” tulis pemilik nama lengkap Nur Alya Iman Azmil itu.

Dalam hantaran sama, anak kepada pelakon popular, Allahyarham Azmil Mustapha itu turut berkongsi sedutan drama terbaharu lakonannya, Seram Tak Seram yang dirakam sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dilaksanakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI